Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA kasih jari anak yatim BERJAYA MENCAPAI 149 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

41  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1513.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang laki-laki membeli sebidang tanah dan menemukan sebuah tempayan yang berisi emas dalam tanah itu. Katanya kepada si penjual: "Ambillah emasmu, kerana hanya tanah yang saya beli dari engkau dan saya tiada membeli emas". Kata yang punya tanah: "Tanah itu serta isinya telah saya jual kepada engkau". Keduanya lalu meminta putusan kepada seseorang. Kata orang itu: Adakah kamu berdua mempunyai anak? Seorang di antara mereka berkata: "Ya, saya mempunyai anak laki-laki". Kata yang seorang lagi: "Ya, saya mempunyai anak perempuan". Kata hakim tadi: "Kahwinkanlah anak perempuan itu dengan anak laki-laki ini dan belanjailah keduanya dari harta itu dan bersedekahlah.".

42  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0756.
Dari Zainab binti Ummu Salamah r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya. Rasulullah! Dapat pahalakah saya kerana saya membelanjai anak-anak Abu Salamah, sedangkan semuanya itu anak saya pula?" Jawab Nabi saw., "Bayarlah belanja anak-anak itu semuanya, engkau akan mendapat pahala atas apa yang engkau belanjakan untuk mereka."

43  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0741.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang pemurah, seperti dua orang memakai baju besi yang menutupi susu sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badan sampai ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kikir, kerana ia tidak hendak menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap pertemuan bajunya menyempit di tempatnya. Ia berusaha hendak melonggarkan, tetapi tidak boleh longgar."

44  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1169.
Dari Abu Musa r.a., Nabi bersabda: "Orang yang beriman dengan orang beriman yang lain adalah seperti rumah; bahagian yang satu menggunakan bahagian yang lain." Dan sebagai perumpamaan beliau mempersilangkan anak-anak jari beliau.

45  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0023.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Diperlihatkan (Allah) kepada ku neraka. Ketika itu ku lihat kebanyakan isinya terdiri dari perempuan -perempuan kafir." Ditanyakan orang kepada beliau. "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, "Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata. "Saya tidak pernah melihat kebaikan daripadamu sedikit juapun."

46  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1689.
Dari Abdullah r.a., katanya: Saya bertanya kepada Nabi saw. "Apakah amalan yang lebih dikasihi Allah?" Jawab beliau: "solat dalam waktunya." Tanya Abdullah: "Kemudian itu apa?" Jawab beliau: Berbuat baik (berbakti) kepada ibubapa." Tanya Abdullah: "Kemudian itu apa?" Jawab beliau: "Berjuang dijalan Allah."

47  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0678.
Dari Anas r.a., katanya: "Kami pergi dengan Rasulullah saw. kepada Abu Saif tukang besi yang sesusu dengan Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim lalu menciumnya. Tidak lama sesudah itu kami datang pula kepadanya, tetapi ketika itu Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang penghabisan, dan air mata Rasulullah berlinang kerananya." Abdurrahman bin 'Auf berkata: "Ya, Rasulullah! Kenapa engkau menangis?" Jawab Rasulullah, "Hai, Ibnu 'Auf! Sesungguhnya yang demikian adalah kasih mesra. " Abdullah mengulangi perkataannya. Sabda Rasulullah saw., "Air mata mengalir, hati penuh duka, namun tidak ada kata-kata yang kami ucapkan melainkan apa yang diredhai Allah jua. Dan sesungguhnya perpisahan kami dengan engkau, hai Ibrahim, amat menyedihkan."

48  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0747.
Dari Abu Said r.a.. katanya seorang Arab dusun bertanya kepada Rasulullah saw. tentang hijrah. Sabda Nabi, "Oh. kasihan! Hijrah itu sulit. Tetapi adakah kamu mempunyai unta untuk kamu bayarkan zakatnya?" Jawabnya, "Ada!" Sabda Nabi, "Beramallah di seberang lautan, sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan sedikit pun amalanmu itu."

49  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0265.
Dari Ikrimah r.a., katanya: "Ibnu Abbas berkata kepada ku dan kepada anaknya, Ali, 'Pergilah kamu berdua kepada Abu Said, dan dengarkanlah ceritanya.' Lalu kami berdua pergi kepadanya dan kami dapati dia sedang dalam kebun membersihkan kebun itu. Setelah melihat kami, maka diambilnya cadarnya lalu ia duduk berpangku lutut. Dia mulai bercerita kepada kami, hingga sampai kepada cerita membuat sebuah masjid. Katanya, kami membawa batu satu demi satu, sedangkan 'Ammar membawa dua-dua buah. Ia kelihatan oleh Nabi saw. lalu dibuangkannya tanah yang melekat pada Ammar, sambil beliau berkata: Kasihan 'Ammar! Dia dibunuh oleh orang-orang jahat. Namun Ammar memanggil mereka ke syurga, tetapi mereka memanggil Ammar ke neraka. Kata Ammar, "Aku berlindung dengan Allah dari segala bencana."

50  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1204.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya sentiasa mengasihi Bani Tamin semenjak saya dengar tiga hal dari Rasulullah s.a.w. yang disabdakan beliau mengenai mereka. Saya dengar beliau bersabda: "Mereka itu umat ku yang paling keras (berani) terhadap Dajjal". Dan waktu sedekah dari mereka tiba, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Inilah sedekah kaum kita". Dan tentang tawanan dari mereka yang ada pada Aisyah, beliau bersabda: "Merdekakanlah tawanan itu, sesungguhnya ia dari anak Ismail."